|
hi Guys! Assalamualaikum... and Salam Sejahtera...
Hari ni satu isu yang akan aku publish kat web Blog ni...isu yang aku kira agak menarik jugak...Terima kasih pada seorang kawan yang bagitahu isu ni pada aku...aku ni tak alert sangat pada isu semasa..so, thanks...
Hmmm before that...aku ada satu tazkirah yang hendak di publish...Sempena hari jumaat yang mulia ini...semoga kita dapat manfaat darinya bersama... _______________________________________TAZKIRAH: 12 BARISAN____________________________________________
Suatu hari Rasulullah telah ditanya ttg kedudukan kita di akhirat nanti.Mendengar soalan itu,Rasulullah menangis dan basah pakaiannya dengan air mata,lalu menjawab bahawa umat Muhammmad akan digiring,dikumpulkan berbaris2 menjadi 12 barisan,masing2 dgn pembawaan sendiri.
BARISAN 1: Digiring dari kubur dgn tidak berkaki dan bertgn.Ini krn sewaktuhidupnya mrk MENYAKITI HATI JIRANNYA,tempat mrk adalah di neraka.
BARISAN KE 2: Digiring dari kubur berbentuk babi hutan.Ini krn mereka MERINGAN2KAN SOLAT.
BARISAN K 3: Mrk berbentuk keldai,sdgkan perut mrk penuh dgn ular dan kala jengking.Ini krn mrk ENGGAN MEMBERI ZAKAT.
BARISAN KE 4: Digiring dari kubur dgn keadaan darah spt air pancutan keluar dari mulut mrk.Ini krn mrk BERDUSTA DALAM JUAL BELI.
BARISAN KE 5: Digiring dari kubur dgn bau lebih busuk drp bangkai.Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Dpdg. Mahsyar.Ini krn mrk MENYEMBUNYIKAN PERLAKUAN DERHAKA TAKUT DIKETAHUIOLEH MANUSIA LAIN TETAPI TIDAK TAKUT KPD ALLAH.
BARISAN KE 6: Digiring dari kubur dalam keadaan kepala mrk terputus dari badan.Mrk adalah ORANG YANG MENJADI SAKSI PALSU.
BARISAN KE 7: Digiring dari kubur dgn kepala mrk terputus dari badan.Mrk adalah ORANG YG. ENGGAN MEMBERI KESAKSIAN DI ATAS KEBENARAN.
BARISAN KE 8: Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dgn kepala ke bawah dan kaki ke atas.Mrk adalah ORANG YG. BERBUAT ZINA.
BARISAN KE 9: Digiring dari kubur dgn berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam perut mrk penuh dgn api bergemuruh.Mrk ini adalah ORANG YG. MAKAN HARTA ANAK YATIM DGN CARA YG. TIDAK SEBENARNYA.
BARISAN KE 10: Digiring dari kubur dalam keadaan tubuh mrk penuh dgn penyakit sopak dan kusta.Ini krn mrk DERHAKA KPD ORANG TUANYA.
BARISAN KE 11: Digiring dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mrk memanjang spt tanduk lembu jantan,bibir mrk melebar sampai ke dada dan lidah mrk terjulur memanjang sampai ke perut mrk dan keluar beraneka kotoran.Inikrn mrk MEMINUM ARAK.
BARISAN KE 12: Mereka di giringn dari kubur dalam keadaan wajah bersinar2 laksana bulan purnama.Mereka melalui titian SIRAT spt kilat.Mrk inilah ORANG YG.BERAMAL SOLEH DAN BYK BERBUAT BAIK.MRK MENJAUHI PERBUATAN DERHAKA,MEMELIHARA SOLAT LIMA WAKTU,KETIKA MENINGGAL DUNIA KEADAAN MRK Suatu hari Rasulullah telah ditanya ttg kedudukan kita di akhirat nanti.Mendengar soalan itu,Rasulullah menangis dan basah pakaiannya dengan air mata,lalu menjawab bahawa umat Muhammmad akan digiring,dikumpulkan berbaris2 menjadi 12 barisan,masing2 dgn pembawaan sendiri.
________________________________________________________________________________________
Ok berbalik kepada topik yang aku nak publish tadi...berkenaan dengan "HUBUNGAN PLATONIK"..Aku tak tahu korang macam aku sebelum ni( tak tahu apa itu hubungan platonik) or memang dah tahu apa itu cinta platonik...
Aku tertarik dengan isu ni memandangkan aku rasa ia ada kena mengena jugak dengan aku...Maksud aku...aku rasa aku sedang mengalaminya...hehehe...
Hubungan platonik??? dari definisi yang diterjemahkan oleh kawan aku... PLATONIK is
"hubungan persahabatan yang intim antara lelaki dan perempuan, tanpa didorong perasaan cinta atau nafsu dan kemesraan yang terjalin antara mereka menampakkan mereka seolah-olah mempunyai hubungan cinta"
Hmmm...aku pernah dengar kawan aku cakap..(Minah-Just nama samaran... )
Minah A: "Alah kita org tak ada apa-apa la...kita org memang rapat..sejak dulu lagi...lagipun dia dah ada makwe dah...kita org tak kisah pun..."
Minah B: "Hmmm geram laa dengan mamat tu...cakap suka kat kita..sayang kat kita...tapi alih-alih ada pompuan lain...bla..bla..."
Aku definisikan kedua-dua kawan aku ni...mempunyai hubungan platonik...sebab yang aku peratikan..Minah A ni memang very close dengan "kawan"...aku pun keliru dengan istilah yang selalu dia bagi kat aku..."kawan"..hmmm...tapi mereka memang close...keluar bersama...pergi makan..bercerita kat phone and even ada problem they will find each other to solve the problem...but...Bila aku tanya..."ada paper ker dengan mamat tu..hehehe???" Jawapan yang diberikan adalah seperti Minah A tadi... Pada Minah B pulak...aku kira dia ada hubungan platonik sebab aku tengok dia memang rapat dengan mamat B but bila ditanya mamat B dah ada makwe lain...and minah B just kawan baik dia...Apa yang menghairankan...Mamat B sering bersama minah B...Malah sering mengucapkan rasa sayang...suka..yang hanya dalam konteks "kawan".Sebab bagi mamat B ni...Minah B seorang yang memang baik...boleh share problem..boleh dia mengadu...and yang paling best boleh share pinggan nasi yang sama...or gelas minuman yang sama...Tapi bila aku tanya mamat B ni...
"Apa perasaan kau kat Minah B ni..kau nak kahwin tak dengan dia?Tak baik tau main-mainkan perasaan orang pompuan ni??"Dia jawab apa tau...
"aku memang suka dia...sebab dia baik...but just sebagai seorang kawan...memang aku banyak share dengan dia...sebab dia paling memahami aku...tapi untuk kahwin dengan dia..aku rasa tak mungkin sebab dia bukan taste aku...Aku nak pompuan yang bla..bla...bla..sebagai isteri..."
Entah laa..susah nak explain apa yang berlaku pada mereka yang terlibat dengan hubungan platonik ni...Pada aku very complicated...Korang rasa macam mana..???Berat jugak isu macam ni sebenarnya..sebab pada aku...hubungan platonik ni bila-bila masa boleh bertukar kepada perasaan cinta yang membawa kepada hubungan yang lebih serius...Sebab hubungan platonik ni pada aku hubungan yang cukup rapat...lebih rapat dari seorang kawan and ada kemungkinan lebih rapat dari hubungan cinta...Very amazing...
Cuba korang tengok situasi kat bawah ni... Senario 1: Anda mempunyai rakan baik berlainan jantina. Hubungan intim, terlalu intim tetapi anda langsung tiada perasaan (cinta) terhadapnya. Biarlah hingga 1,000 tahun dan dia satu-satunya gadis atau jejaka yang tinggal di muka bumi ini, namun untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup, ohhh tidak. Senario 2: Anda mempunyai rakan baik berlainan jantina dan anda pernah `menggilainya'. Dia pernah menjadi pasangan anda tetapi hubungan tidak diteruskan kerana kurang kesesuaian. Namun, anda berdua kekal menjadi rakan karib. Senario 3: Anda mempunyai rakan baik berlainan jantina dan anda sentiasa `menggilainya'. Dialah rakan sehati sejiwa dan anda bersedia menjadi kekasihnya pada bila-bila masa. Malangnya, tiada sebarang signal daripadanya dan anda berdua kekal sebagai rakan baik.
Entah laa..aku masa mula-mula baca macam tak percaya jer senarion macam ni rupanya dinamakan hubungan platonik...Aku kira dalam masyarakat hari ni banyak berlaku perkara-perkara macam ni..cuma kadang-kadang kita tak menyedarinya... Hmm...macam artikel yang aku baca yang di forwardkan oleh kawan aku ni...sebenarnya ada baik dan buruknya hubungan platonik ni...fikir-fikirkanlah... 
Thanks to my friend... p/s: hope tiada yang kronik dengan hubungan platonik ni...hehehe
|